JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL SEJARAH  SEJARAH PEMBINAAN - Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam.
- Masjid yang juga dikenali sebagai "masjid biru" di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan.
- Masjid ini berdiri megah dengan lanskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.
- Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 12600 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang luas.
LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM - Masjid Negeri Selangor yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia. Acara perasmiannya pada 11 Mac 1988, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor Darul Ehsan telah menempa sejarah bukan sahaja kepada DYMM Sultan, tetapi juga kepada rakyat Selangor seluruhnya. Sebagai Ketua Agama, DYMM Sultan telah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan mengilhamkan pembinaan masjid ini. Masjid Negeri Selangor, pada masa kini merupakan masjid yang terbesar di Asian Tenggara. Berupaya untuk menampung ribuan jemaah .Dengan menggabungkan seni bina Islam dan Melayu, masjid ini terdiri daripada tiga tingkat. Pejabat, bilik persidangan, bilik menyambut tamu dan bilik kuliah terletak di tingkat bawah, dewan solat utama di tingkat satu, dan galeri di tingkat dua.
|